Sunday, 10 August 2014

Rahsia Tanduk Rusa


APABILA ditanya pendapat orang ramai tentang fungsi tanduk rusa, kebanyakan mereka beranggapan ia hanya sesuai dijadikan perhiasan dinding.
Dengan cabang lancip yang asalnya tumbuh meninggi, gantungan tanduk rusa apatah lagi di rumah desa, mudah memberi tafsiran bahawa ia adalah ornamen yang kaya dengan nilai eksotik.
Namun, di sebalik pandangan tipikal itu, tanduk rusa sebenarnya mempunyai 1001 manfaat perubatan yang diketahui sejak 2,000 tahun lalu.
Di Rusia misalnya, pakar-pakar kesihatan dan kecergasan negara itu mendedahkan bahawa atlet mereka mengalami peningkatan prestasi yang besar selepas mengambil bahan bukan toksik yang dihasilkan daripada tanduk muda rusa yang lebih dikenali sebagai tanduk baldu atau velvet antler.
Malah, menurut satu penyelidikan perubatan alternatif yang diketuai Pengerusi Persatuan Akupuntur Amerika dan Perubatan Biotenaga, Prof. Dr. Alex Duarte, di New Zealand, tanduk baldu digunakan sejak berabad lalu untuk mengawal tekanan darah, meningkatkan tahap hemoglobin serta menambah kecekapan fungsi paru-paru.
Menurut sejarah perubatan, tanduk baldu boleh mengubati 52 penyakit berbeza.
Antaranya, membantu pembinaan otot, meningkatkan fungsi kelenjar, menambahkan stamina, menajamkan kecerdasan mental, melegakan keradangan artritis, dan menyembuhkan ulser perut.


Sementara itu, pakar herba China menggunakan tanduk baldu bagi menyeimbangkan sistem endokrin dan rawatan mati pucuk kaum lelaki.
"Tanduk baldu sangat bagus untuk merawat bengkak pada kelenjar prostat, malah boleh memekatkan air mani.

Mati pucuk

"Ia juga banyak digunakan untuk merawat gangguan haid kerana ia mengandungi kedua-dua hormon lelaki dan wanita.
"Selain itu, tanduk baldu kaya dengan komponen tulang rawan, enzim, mineral, vitamin, prostaglandin antiradang dan sejenis insulin pertumbuhan iaitu IGF-1," jelas Duarte.
Lantaran manfaatnya yang pelbagai dan potensi kebolehpasaran tanduk baldu sebagai cabang perubatan alternatif, seorang usahawan ternakan, Muhammad Akhbar Chiraghdin, 52, yang sejak muda menternak lembu dan kambing, mula mengalihkan tumpuan kepada ternakan rusa.
Mempunyai pengalaman selama 19 tahun menternak rusa, beliau kini merupakan penternak terbesar rusa di negara ini.
Bermula dengan 22 ekor rusa di ladang yang dibuka di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor, rusa yang dibiak dan diternaknya kini mencecah 2,000 ekor.


Penternakan skala besar itu juga mendorong Muhammad Akhbar untuk berpindah ke ladang baharu di Sungai Jin yang terletak di Sungai Lembing, Pahang, dua tahun lalu.
Berdiri atas nama De Paradise Sdn. Bhd., anak kelahiran Chenor, Maran ini berpendapat, menternak rusa jauh lebih mudah daripada lembu atau kambing kerana ia memiliki daya tahan penyakit yang tinggi.
"Kita tidak perlu risaukan penyakit berjangkit seperti penyakit kaki, mulut, tangan dan kuku, malah kadar penyembelihan haiwan kerana sakit juga jauh lebih rendah berbanding dahulu," ujarnya.
Buktinya, di ladang seluas 102 hektar yang diusahakannya itu, Muhammad Akhbar memerlukan empat atau lima pekerja sahaja bagi memastikan ribuan rusa pelbagai spesies yang mempunyai kadar kesuburan 125 peratus itu diberi makan pada masa tertentu.

Gigit tanduk

Menariknya, tujuan lelaki ini menternak bukanlah untuk menjual daging rusa, sebaliknya mahu mendapatkan tanduk baldu yang kaya dengan khasiat perubatan.
"Selepas membaca banyak jurnal perubatan dari Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand, China dan Korea, kemudian bertukar-tukar pendapat dengan rakan-rakan penternak dari Australia serta merasai sendiri manfaat daripada tanduk baldu rusa, saya pasti penternakan rusa berpotensi untuk dikomersialkan.
"Saya ternak rusa untuk dituai tanduk baldunya memandangkan belum ada pengusaha tempatan yang menceburi bidang ini, apatah lagi dalam skala besar.
"Rusa hanya akan disembelih dan dijual dagingnya apabila ia tercedera atau tidak mampu menghasilkan tanduk yang berkualiti," katanya.
Menurut beliau lagi, hanya rusa jantan yang ditumbuhi tanduk dan ia boleh dituai seawal usia tiga tahun.
"Selepas dua bulan tanduk baldu tumbuh, ia boleh dituai. Dalam tempoh itu, tanduk memiliki kepanjangan antara 40 sentimeter (sm) hingga 60sm.
"Tanduk yang berumur tiga bulan boleh mencecah ukuran sehingga 80sm, tetapi pada masa itu tanduk mula mengeras.
"Rusa yang bakal dituai tanduknya diasingkan sebelum dimasukkan ke dalam sebuah bilik gelap.
"Di situ nanti, proses menuai dilakukan. Ramai beranggapan, memotong tanduk rusa hidup-hidup kelihatan zalim, namun fitrah rusa itu sendiri mahukan tanduk itu ditanggalkan.


"Kalau tanduk dibiarkan panjang dan mengeras, rusa lain akan menggigit tanduk rusa tersebut sehingga ia tertanggal. Fitrah ini berlaku dalam keadaan tenang, bukan dalam situasi pergaduhan," ujar Muhammad Akhbar.
Jelasnya juga, tanduk rusa akan dituai sehingga ke pangkalnya.
"Selepas dua minggu tanduk dipotong, pangkalnya yang mengeras akan tertanggal.
"Beberapa bulan selepas itu, tanduk baldu akan tumbuh semula. Begitupun, tanduk tidak akan terus tumbuh.
"Jika tanduknya dituai pada bulan September tahun ini, tanduk rusa yang sama hanya boleh dituai pada bulan Oktober tahun hadapan.
"Dalam setahun, hanya sekali tanduk rusa boleh dituai," jelas Muhammad Akhbar yang menjalankan rutin menuai tanduk baldu seminggu sekali di ladangnya.
Katanya, dalam setahun, ladangnya mampu mengeluarkan sehingga 600 kilogram (kg) tanduk baldu.

Pengenalan Tentang Rusa

Antara tabiat biasa dan habitat rusa adalah seperti berikut :-
Rusa gemarkan kawasan yang sunyi seperti kawasan habitat asalnya dalam hutan (semulajadi). Persekitaran kawasan ternakan dengan mengekalkan sifat rimbanya yang redup dan sunyi adalah amat penting untuk penternakan rusa ;Rusa lebih kerap berjalan di tepi-tepi pagar, iaitu dalam lingkungan 4 kaki dari tepi pagar. Keadaan ini menjadikan rusa jarang untuk berada di tengah-tengah padok atau kawasan pemagaran.



Tabiat yang gemar berjalan dalam lingkungan ini menjadikan rumput mudah mati akibat sering dipijak oleh rusa ;Untuk mengekalkan kawasan ternakan seperti rimba asal, pokok-pokok besar dan renek juga seharusnya dikekalkan dan jangan ditebang. Hal ini kerana pokok-pokok ini mampu menjadi pelindung kepada rusa untuk berteduh dari hujan atau panas kerana rusa tidak perlukan kandang ;Pokok-pokok yang ingin ditanam untuk tujuan berteduh dan makanan haruslah dibalut terlebih dahulu sebelum benar-benar matang kerana tabiat rusa yang gemar mengigit kulit kayu dan mengesel tanduk pada batang pokok boleh menyebabkan pokok tersebut mati sebelum mencapai tahap matang ;Persekitaran seperti anak sungai, parit kecil atau kolam kecil adalah amat digalakkan untuk disediakan kerana rusa gemar berkubang dan berendam dalam air, maka kemudahan ini perlu disediakan ;menyediakan pondok kecil dalam kawasan ragutan rusa dan penyediaan tapak makanan rusa ditempat-tempat khas agar masalah liar rusa dapat dikurangkan.


Rusa adalah haiwan ternakan yang tahan lasak dari cuaca semasa seperti hujan dan panas. Ketahanan ini sekali gus menjamin kepada pengurangan kos permulaan pelaksanaan projek penternakan rusa kerana rusa tidak memerlukan kandang seperti kambing atau lembu sebagai tempat berteduh. Namun begitu, rusa hanya perlukan pokok sebagai tempat berteduh dari panas mahupun hujan, khususnya pokok-pokok renek ;Rusa merupakan haiwan ternakan yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap serangan penyakit jika dibandingkan dengan ternakan lain seperti ayam, malah ketahanannya hampir memastikan bahawa rusa tidak perlukan suntikan tambahan untuk memastikan kesihatannya terjamin. Namun begitu, langkah berjaga-jaga masih perlu diambil agar masalah penyakit tidak mengganggu pertumbuhan dan tumbesaran rusa ;Rusa juga merupakan haiwan ternakan yang tidak memilih rumput sebagai makanannya. Namun begitu, rumput seperti guinea grass (panicum maximum), green panic, brachiaria decumbens, brachiaria humidicola, napier dan guatemala adalah digalakkan untuk diberi makan kepada rusa. Selain itu, makanan tambahan seperti hampas soya, dedak, daun petai belalang, daun ubi, acacia, hibiscus, nangka, cempedak, lundai, ara, pisang, betik atau bijian palet yang dicampur dengan multi-vitamin juga boleh diberikan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu ;

Seekor Rusa jantan mampu mengawan dengan 40 ekor Rusa betinaMusim mengawan berlaku bila tanduk Rusa jantan menjadi keras, Musim beranak Rusa betina antara bulan Oktober hingga Januari kerana tempoh rusa bunting adalah 8 bulan.Rusa jantan yang berusia 18 bulan ke atas sedia untuk disembelih.Rumput jenis Guinea dan Decumbens yang diimport dari Australia dan Thailand sesuai untuk pemakanannyaGaram mineral blok serta kulit jagung menambahkan serat dalam pemakanan rusa. Sebanyak 20 kilogram rumput diberikan kepada sekumpulan rusa ternak setiap hariPenyakit seperti trypanosomiasis dan kecederaan akibat berlawan sesame sendiri khususnya melibatkan rusa jantan ketika musim mengawanRusa yang sakit akan di rawat di klinik kesihatan yang bercantum dengan tempat penyembelihanRusa perlu menjalani pemeriksaan darah, tahap kecacingan, diberi antibiotic, vitamin dan lain-lain ubatan.

Rusa yang diternak di kawasan bukit, dagingnya lebih bermutu tinggi, kerana aktiviti turun naik bukit memberikan senaman kepada rusa ini, .Kaedah PengurusanSistem pengurusan lading rusa terbahagi kepada dua iaitu ragutan terbuka yang mana rusa dibiarkan meragut rumput pasturan secara pusingan dengan kadar empat hingga lima ekorKeperluan utama diperlukan oleh penternak yang memilih lading konsep ini ialah penanaman rumput, pemagaran dan rumah klinik.Sistem pengurusan lading kedua ialah lading integrasi iaitu rusa diternak di bawah tanaman kekal seperti kelapa sawit, koko dan kelapa. Seperti system ragutan terbuka, ladang ini juga memerlukan pemagaran, rumah klinik + penyembelihan dan tumbuhan atas tanah antara tanaman kekal.
Jenis rumput yang sesuai:

MARDI digit Digitaria setivalva Setaria kazungula Setara sphacelata cv kazungula Rumput Kuda Panicum maximum Rumput gajah Pennisetum Kekacang sentro Centrocema pubescence Daun kayu dan herba:Nangka Artocarpus heterophyllus Cempedak Artocarpus integer Tempunik Artocarpus rigidusAkar kala Clidemia hirta Paku miding Stenochiaena palustris Kelempung air Ficus grassularoides Kelempung burung Ficus albaKopi liar Fagrea racemosaTelinga gajah Macaranga gigantean Kemam Bredilia monoica Tinjau belukar Greenia corymbosa
Jenis daun yang sesuai juga untuk Rusa:Mengkirai Trema sppTempinis Streblus elongatesCempaka liar Gardenia tubiferaLudai Croton argyratusTulang Daing Melletia atropurpureaSial menahun Pternandra coerulenscensSenduduk Melastoma malabathricumSemalu Mimosa pudicaLalang Imperata cylindricalRumput parit Axonopus compressusRumput kerbau Paspalum conugatum
3 ekar – 100 ekor rusa Timur jika secara paddock= 1 ekar untuk 6-10 ekor rusa jika secara grazing/ padang ragut rumput.Untuk kaedah grazing maka yang sesuai bagi permulaan adalah seluas 30 ekar luas kawasan grazing seperti cara ternak lembu.
Kawalan dan jagaan-
Dipelihara secara separa bebas- Dibiar meragut setiap padok 6-7 hari- Stocking rate 1 hektar untuk 20-24 ekor rusa. Memberi makana) Konsentret 1.5 kg seekorb) Daun petai belalang, nagka, kesenai, senduduk, ubi keledek, cempedak 8 – 10 kg sehari seekor.c) Meragut rumput pastura, Bracharia decumbens

Kenaikan berat badan
Rusa sambar, berumur 5-6 bulan diberi makan konsentrat-750gm sehari, meningkat berat badan 0.3kg/ekor/hari.- Tanpa konsentrat kenaikan berat badan 0.125kg/ekor/hari.- Pemberian konsentrat dan garam jilat boleh memudahkan proses penjinakan ternakan rusa.-Air minuman bersih secukupnya.
Pagar Perimeter-Tinggi pagar 2.1 meter, sebaiknya 2.4 meter tinggi untuk rusa chital-Tiang pagar persegi 15 sm X 15 sm atau bulat berdiameter 15 sm.-Jarak antara tiang – 9 meter-Panjang 3 meter, dan ditanam 90 sm-Jenis ‘ Chain Link’ atau ‘Cyclone’-Jika ‘Chain Link’, tanam 15 sm dalam bersimen konkrit.
Pagar Padok / Petak Gunakan pagar cyclone-Ketinggian 1.8m-Tiang pagar persegi 10sm X 10 sm atau bulat dengan diameter 10sm.-Tinggi 2.5 meter, ditanam sedalam 75 sm-Jarak antara tiang pagar – 5 meter-Pintu padok keluar masuk utama boleh sampai antara 4 – 4.5 meter.

Keperluan Asas Takung air minum-Simen konkrit, tong , culvert-Bekas makanan sama ada Kayu, simen konkrit-Kandang berbumbung-Kolam mandian rusa (Sebuah kolam berukuran 9m x 3m x 1.5m)-Kawasan Rumput
PENYAKIT BERJANGKIT
Walaupun rusa merupakan haiwan ternakan yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi tehadap serangan penyakit, namun rusa juga tetap mempunyai masalah kesihatan dan serangan penyakitnya yang tersendiri. Antara penyakit yang sering menghantui aktiviti penternakan rusa ialah :-
Serangan Kutu : Rusa yang diternak secara bebas khususnya mudah dihinggapi kutu terutama apabila tiba musim hujan pada hujung dan awal tahun. Masalah ini dapat diatasi dengan menyembur ubat kutu (Asuntol) dengan selang masa sekali dalam tiga minggu.
Sakit Mata :Lebih kerap berlaku dalam kalangan anak-anak rusa. Antara puncanya ialah mata anak rusa mudah tercucuk rumput sehingga menyebabkan mata luka dan berair. Masalah ini dapat ditangani dengan rawatan awal melalui choramphenicol
Luka-Luka :Sering berlaku terhadap mana-mana rusa tanpa mengira peringkat umur. Antara puncanya ialah rempuhan pada pagar, akibat objek tajam seperti sisa dawai duri, kaca, zink, paku, besi atau akibat masalah gigitan kutu. Untuk menghindari masalah ini, objek tajam perlu dikeluarkan dan dibersihkan dari tempat tinggal rusa dan penggunaan gusanex spray atau negusunt powder mampu untuk menangani atau merawat luka pada badan rusa.
Bisul :Bisul sering menyerang bahagian kaki, pangkal paha dan juga celah kuku rusa. Untuk mengetahui sama ada masalah ini menghantui kesihatan seharian rusa, pemerhatian diperlukan terutama apabila rusa berjalan.
Cacing :Masalah kecacingan rusa hanya dapat diketahui melalui ujian najis, dimana analisa terhadap najis rusa di makmal perlu dilakukan dari semasa ke semasa. Untuk mengatasi masalah ini, rawatan ubat cacing menggunakan synantic perlu diberikan dengan selang masa sekali dalam tiga bulan.
Parasitic :Ectoperasite (kutu, tick dan lice), internal parasite dan longworm.
Bacterial :Salmonelosis, tuberculosis ceptospirosis, brucellosis, H. S. pasteurellosis, pneumonia, johnnes disease dan meliodiosis.
Viral :Malignant catarrhal fever, foot and mounth disease, dan bovire viral disease.
Proto Zoal :Babesiosis, toxoplasmosis dan anaplasmosis
Kecacingan (endoparasit)
Menyebabkan penurunan berat badan dan kematian pada rusa-rusa muda Tanda-tanda : Diarea, depresi, terbaring dan tidak ceria. Jumlah telur cacing (FEC) >200 EPG = singnifikan.Pengawalan : Pengurusan pembiakan yang baik akan menghasilkan anak yang miliki berat lahir yang optima.
Pasteurellosis
Kematian kerana jangkitan septicaemia. Disebabkan oleh Pasteurella multocida Pencegahan : Pemvaksinan HSKurangkan stress.. Mendapat perlindungan yang baik dan pemakanan yang seimbang.
Clostridial - Tetanus ( Clostridium tetani )
Suntikan 2 doses pada umur muda dengan jarak 4-6 minggu.Enterotoxaemia ( Clostridium perfringen Type D )
Tuberkulosis
Disebabkan oleh Mycobacterium bovis.Kuman masuk melalui paru-paru, saluran pencernaan dan luka yang terbuka.Paru-paru terdapat masa padat yang encapsulated.Tanda-tanda : Berat badan menurun, kekurusan, berhenti makan, batuk, susahbernafas dan diarea.Limfe nodus membengkak dan membesar, bernanah terutama di bahagian atas leher dan dada.Lesi : Retropharygeal di bahagian leher dan kepala membengkak dan bernanah.
Pembiakan
Rusa adalah haiwan ternakan yang mempunyai kadar kelahiran tahunan yang tinggi, khusunya rusa jenis timorensis (exotic) disamping kadar kematian yang rendah, iaitu 2% - 5%. Namun begitu, rusa juga mempunyai musim mengawan dan musim melahirkan anaknya yang tersendiri.Antara musim mengawan bagi rusa ialah antara bulan Januari hingga bulan Mac. Sementara jarak atau tempoh bunting (gestation period) bagi seekor rusa betina ialah antara 5 hingga 10 bulan bergantung kepada jenis rusa. Namun begitu, musim mengawan merupakan musim yang perlukan komitmen dan perhatian yang tinggi dari para penternak kerana musim ini kerap berlaku pergaduhan dan pertarungan diantara rusa jantan dan rusa betina. Bagi mengatasi masalah pergaduhan ini, langkah pencegahan seperti pengasingan rusa baka dan rusa jantan yang lain perlu dilakukan.Bagi mengetahui sama ada baka rusa betina bunting atau sebaliknya, kaedah pemerhatian melalui rectal palpation dan menimbang berat badan rusa adalah cara yang paling mudah dan paling berkesan.
- Musim pembiakan Julai-September-Kadar kelahiran rusa sambar boleh meningkat 60% ke 85%, setelah rusa pembiak diberi makanan tambahan.-Kadar kelahiran rusa merah, 30%-Kitaran berahi – 17-18 hari-Lama berahi – 2hari-Masa kebuntingan – 235 hari- Kebuntingan dapat dikenal
a) Palpasi per rektal
b) Kenaikan berat badan
c) Perubahan saiz di bahagian abdomen
d) Ambing susu membesar
e) Vulva membesar
Penjagaan anak
Berat lahir 8 – 10 kg- Bangun selepas 20 – 30 minit dilahirkan-Anak rusa suka menyembunyikan diri dalam rumput / semak, lebih kurang 10 hari-Pusat disapu iodine, elak jangkitan kuman-Pemberian susu gantian
AKHIR KATA..Penternakan rusa ialah perusahaan baru yang belum lagi banyak diterokai secara komersial. Masih ramai orang menganggap bahawa rusa adalah binatang liar dan sukar dijinak. Menternak rusa ialah satu pelaburan terbaru serta cepat mengembang, menguntungkan dan juga kurang menggunakan keluasan tanah berbanding dengan ternakan bebiri atau lembu. THANKS

Cara Menternak Rusa

  Panduan Menternak Rusa


PENDAHULUAN

Rusa adalah sejenis hidupan liar yang mendapat perlindungan khas daripada Kerajaan Malaysia.  Kerajaan menggalakkan pemeliharaan rusa memandangkan permintaan untuk rusa yang amat baik.  Disamping dagingnya sebagai sumber protein yang tinggi, ia juga mengandungi lemak yang kurang  dan kalori yang rendah, kulit dan tanduknya berguna untuk barang hiasan. Bagi rusa jenis Cervus Timorensis ini tanduk awal dan velvet boleh digunakan untuk dijadikan ubat.


Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang telah mula memelihara hidupan ini secara terkawal pada tahun 1989 .  Sebagai permulaan sebanyak 19 ekor rusa (Cervus Timorensis) dan 3 ekor jantan  umur 6 bulan telah diimpot  dari Kepulauan Mauritius. Disamping rusa jenis Cervus Timorensis ladang ini juga telah menempatkan rusa jenis sambar dan jenis Axis-axis.


Kawasan seluas 2 hektar telah diperuntukan bagi memelihara rusa ini.  Ladang ini terletak di Pokok Sena Daerah Seberang Perai Utara.  Ladang ini ditanam dengan rumput jenis Boachiara Humidicola, Panicum Maximum (Rumput Guinea) dan Leucaena leucocephala (petai belalang).


Setelah beberapa tahun memelihara hidupan ini pertambahan dari segi pembiakan amatlah menggalakkan.  Kini jumlah rusa jenis Cervus Timorensis yang terdapat di Ladang rusa di Pokok Sena adalah lebih kurang sebanyak 60 ekor dan rusa jenis Axis-axis lebih kurang  50 ekor.


Jabatan Veterinar Negeri  Pulau Pinang akan membuat promosi jualan daging rusa pada setiap tahun iaitu pada Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan dan juga semasa Sambutan Eskpo Usahawan Bumiputra di Pulau Pinang.

TUJUAN PEMELIHARAAN:

  • Sebagai rekreasi dan kegemaran
  • Sebagai tindakan mencegah kepupusan
  • Untuk Kajian bagi mengenalpasti potensi
  • Sebagai sumber pendapatan dari hasil daging, tanduk, kulit dan sebagainya
  • Sebagai makanan enak
  • Sebagai Perhiasan

INFRASTRUKTUR LADANG

Alam persekitaran dan topografi yang sesuai dengan tabiat semulajadi dan panduannya dengan Sistem Pemeliharaan Moden.

Tabiat

Rusa sangat gemar kepada kawasan yang sunyi dan didalam suasana persekitaran semulajadi.  Rimba yang redup lagi sunyi dan udara yang nyaman dan dingin, makanan rumput, dedaun dan dedak adalah menjadi kegemaranya dan makanannya. Air sungai, parit adalah perlu untuk rusa-rusa ini berkubang.

Perhubungan yang rapat di antara haiwan ini dengan manusia perlu diujudkan dengan pembinaan pondok kecil dan penyediaan makanan ditempat¬-tempat yang tertentu

Rusa gemar berjalan ditepi-tepi pagar dan jarang berada ditengah padok.  Oleh yang demikian di dapati rumput ditepi-tepi  pagar (lebih kurang 4 kaki dari tepi pagar) semuanya mati akibat di pijak oleh rusa-rusa tersebut kerana menjadi  tempat laluan ternakan ini.

Pokok-pokok yang besar dan rendang hendaklah disimpan dan pokok yang boleh menjadi sumber makanan jangan ditebang dan perlulah ditanam.  Walaubagaimanapun perlu diingatkan bahawa sebarang tanaman yang baru ataupun batang pokok ini hendaklah dibalut kerana ianya akan musnah akibat tabiat rusa yang suka menggigit kulit pokok atau mengesel batang-batang pokok dengan tanduknya.

Rusa suka berkubang, maka tempat untuk berkubang dan berendam perlu dibina didalam padok

Sebagai panduan untuk simpanan rusa “carrying capacity’ adalah pada kadar 10 ekor bagi satu ekar dengan keadaan rumput yang baik

Mempunyai kemudahan kawalan dan penyelenggaraan

Pagar Sekeliling

Keseluruhan kawasan seluas 2 ha dipagar sekeliling dengan menggunakan  kawat jaring setinggi 2 meter dan dipasang dengan tiga lapis dawai berduri di sebelah atas dan pagar ditanam didalam konkrit setinggi 1 kaki .

Kawasan ragutan dan makanan

Makanan yang  cukup sangat penting untuk menjamin kesihatan rusa.  Untuk itu pedok-pedok hendaklah mempunyai rumput yang baik lagi bermutu sepanjang masa.  Makanan tambahan iaitu dedak hendaklah diberi.  Diladang Rusa, Pokok Sena diberi dedak Cattle Pellet memandangkan ia sesuai untuk ternakan rusa.

Pedok Kawalan

Keseluruhan kawasan dibahagi kepada 4 petak-petak kecil seluas 0.5 ha bagi memudahkan ragutan secara bergilir-gilir. Pedok kawalan atau holding yard juga perlu bagi memudahkan pengawasan yang rapi terhadap rusa-rusa.  Pedok ini adalah merupakan pusat untuk mengumpulkan ternakan dan ianya mestilah mempunyai pintu hubungan dengan semua pedok ragutan dan juga rumah gelap

Rumah Gelap

  • Sebuah rumah gelap perlu dibina dimana terdapat tempat pasongan atau trevis.
  • Dinding rumah dibina daripada separuh papan lapis yang tebal dan separuh konkrit dan bahagian dalam dan luar dicat hitam.
  • Dalam rumah disiapkan dengan pintu-pintu yang boleh berputar 360 digri bagi memudahkan penangkapan seseekor rusa untuk diperiksa, diberi rawatan atau dipindahkan.
  • Didalam rumah gelap rusa akan kelihatan tenteram dan cahaya yang diperlukan hanya cukup sekadar boleh melihat ruda dan boleh dibuat rawatan.
  • Lantai tidak berkonkrit menggunakan pasir (Quarry Dust)
  • Mempunyai pintu railing 5 kaki lebar untuk tujuan memasukkan rusa dalam rumah gelap

Bangsal Untuk Meletak Makanan

Setiap pedok perlu disediakan bangsal yang berbumbung bagi meletak  bekas makanan tambahan dan juga garam galian dan juga tempat rusa berteduh.  Disetiap pedok juga perlu disediakan dengan takungan air bagi memastikan rusa memperolehi air minum yang bersih.

Kolam Mandi

Memandangkan perangai rusa yang suka berkubang terutama diwaktu panas, sebuah kolam mandi atau lopak/paya air bersih disediakan dengan dilengkapkan sistem aliran yang baik.  Diladang ini dibina parit yang berkonkrit bagi tujuan tersebut.

By:Jabatan Veterinar